Coretan Bulan Ramadhan

5 10 2010

Sudah jadi lumrah anak perantau, balik ke kampung halaman bila tiba hari raya. Tahun ini Ramadhan jatuhnya pada bulan Ogos.Memang menjadi kebiasaan,sebelum menjelang hari raya, pelbagai persiapan telah dibuat. Sudah pastinya, keperluan anak-anak didahulukan, terutamanya pakaian mereka. Tahun ni persiapan sederhana sahaja. Shopping kompleks dipenuhi dengan jualan murah sempena perayaan. Suasana di pusat beli belah diserikan lagi dengan lagu-lagu raya.

Alhamdulillah, puasa tahun ni dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya. Malamnya pula diisikan dengan sembahyang terawih berjemaah di Masjid Darul Amilin. Sekali-sekala berbuka di luar. Setiap tahun Bazaar Ramadhan menjadi pilihan pengunjung-pengunjung, terutamanya yang gemarkan kepelbagaian masakan, baik tempatan mahu pun barat.  Bazaar Ramadhan di Dataran Sanyan dan Kampung Bandung menjadi pilihan, kerana tarikan makanan dan masakannya yang pelbagai dan enak. Nasi ayam penyet Bandung memang menjadi pilihan. Selain itu, turut membeli di Bazaar Ramadhan Kem Rascom dan Taman Permai. Kurma Yusuf Taiyoob menjadi hidangan utama berbuka dan bersahur bagi ku. Rasa dan kelazatan kurma Yusuf Taiyoob memang tidak disangkalkan lagi.

Dalam bulan yang mulia ini juga, setiap umat Islam diwajibkan menunaikan zakat fitrah. Zakat fitrah pada tahun ini sebanyak RM5.20 seorang. Alhamdulillah, zakat telah ku tunaikan bagi diriku dan tanggunganku. Semoga Allah menyucikan dan menyuburkan segala harta dan rezeki yang aku perolehi. Semoga segala amal yang kita kerjakan pada bulan Ramadhan mendapat rahmat dan keredhaan daripada Allah SWT.





wajah-wajah ceria anak-anakku

11 04 2010

sudah sekian lama menyepi, baru sekarang aku aktifkan semula blog ni.

tapi masih kebuntuan idea.  Sekarang lebih bergiat aktif dalam photography. Dengan bantuan sahabatku”NIKON” dapatlah ku coretkan gambar2 candid mereka di sini. Dorongan dan bantuan daripada isteriku yg tercinta juga menyemarakkan lagi semangatku utk terus berjuang dlm gelanggang photography ni. Isteriku juga turut berkongsi minat yg sama.





Gunting Rambut

29 07 2009

Anak aku yang sulung dah pandai gunting rambutnya sendiri.

gunting rambut 1rambut 2

Berlaku pada suatu malam, di mana aku dan isteriku sibuk dengan urusan masing-masing. Aku tengah asyik menonton filem Transformer- Revenge of fallen, manakala isteriku sibuk melayan Facebook.

Tanpa disedari, anakku dah mengunting rambunya sendiri dalam bilik secara diam-diam. Kejadian tersebut baru disedari, apabila anakku memberitahu isteriku, bahawa dia dah gunting rambutnya. Tetapi sebelum itu, kami tidak perasan yang dia ada mengambil penyapu dan pencodok masuk ke bilik. Rupa-rupanya dia dah gunting rambutnya.

Aku geli hati tengok rambutnya, manakala isteriku bengang dan sedih kerana rambutnya sejak bercukur dari kecil tak pernah potong. Nak marah, benda dah jadi, so macam itu sajalah.

Keesokan malam, kami bawa dia ke salon untuk bergunting. Terkejut tukang gunting itu melihat keadaan rambutnya. Memang susah nak repair. Memang payah tukang gunting itu nak repair rambutnya supaya nampak kemas. Tukang gunting terpaksa potong pendek rambutnya.

Mungkin ini juga pengajaran bagi ibu bapa supaya sentiasa mengetahui dan mengawal tindak tanduk anak-anak.

rambut selepas direpairwajah terbaru





Selamat Harijadi Mama

23 06 2009

rajeni birthday

potong kek harijadi Rajeni

Selamat Harijadi ke 32 tahun buat mama yang tersayang.

Ya Allah, engkau berikanlah wanita ini keberkatan dan rahmatmu. Kurniakanlah dia dengan ilmu yang berfaedah, rezeki yang melimpah, amalan yang diredhai, kesihatan yang baik dan umur yang panjang.

sambutan hanya dibuat secara ringkas dan ala kadar.

daripada; Ur husband n ur daughters

mia potong kek





Kartun Kegemaran Anakku

22 06 2009

Kalau bab kartun ni, setiap anak pasti mengemarinya, termasuklah puteriku ini.

Kartun pilihannya ialah Mickey Mouse and friends. MICKEY MOUSEtomjer6Kartun ini menjadi kegilaannya. Tak kira dalam bentuk DVD, buku atau beg, apa saja yang berkaitan mickey pasti dia nak. Bila hujung minggu, anakku ini akan berkurung dalam biliknya, menonton DVD mickey mouse. Sudah berapa kali ulang DVD yang sama, masih juga dia tak jemu. Bila time dia berkurung dalam bilik, aku dan wife aku gelar “time to check in”. Bila time makan kena hantar masuk ke biliknya [ room service].

Selain itu, kartun kegemarannya juga seperti Sponge Bob squarepant. jlm-spongebob_squarepants_05 Tepat jam 5.00 petang, sudah pasti rancangan ini ditayangkan. Watak Sponge bob amat disukainya. Begitu juga dengan cerita Shin Chan pada hari Sabtu jam 7.00 malam. Shin_Chan_1

Kalau tidak dapat menontonnya, sudah pasti dia akan marah. Dia ingat akan hari dan masa-masa cerita ini akan keudara.





Selamat Hari Bapa

22 06 2009

selamat hari bapa

Hari Bapa disambut di Malaysia pada 21 Jun 2009.

Buat bapa-bapa seluruh negara, SELAMAT HARI BAPA.

Tiada pengorbanan lain yang dapat mengatasi pengorbanan yang telah engkau berikan kepada kami, kerana kau adalah HERO kami.

Semoga Allah memberkati segala amalan dan jasa pengorbanan yang telah engkau berikan.

050620091540





Kaki joran

19 06 2009

deep-sea-fishing

Tiba musim cuti sekolah, kaki-kaki joran sibuk mencari lokasi memancing yang sesuai. Akan tetapi ada yang terpaksa menangguhkan rancangan memancing atas sebab-sebab tertentu.

Bagi kaki joran yang suka memancing di kawasan sungai atau kolam, sudah pasti menggemari spesis ikan air tawar dan udang. Akan tetapi bagi penggemar ikan laut, pasti akan mencari lokasi batu karang yang banyak spesis ikan yang besar, seperti tenggiri, tuna, layar dan sebagainya. wahoo

Kaki pancing ini juga sanggup berbelanja besar untuk membeli kelengkapan memancing seperti joran, spool, mata kail, rapala dan sebagainya. Harga satu set joran ada memcecah harga 2-3 ribu ringgit. Modal membeli joran ini kadang-kala berbaloi, kerana hasil tangkapan memberikan pulangan yang lumayan. Bak kata pepatah, “kalah membeli, menang memakai”.joran 1

Cuti yang lepas, saya berkesempatan untuk memancing di kawasan sungai dan kolam. Namun agak mengecewakan, hasil tangkapan di sungai agak sedikit. Niat dihati nak dapat udang. maklumlah sudah lama tidak pergi memancing udang di kampung. Umpan yang saya gunakan pula udang yang halus atau bersaiz kecil, bahasa tempatan”padek”. Apabila labuh sahaja mata kail ke dalam sungai, ikan yang dapat. Sampai ada yang tak sempat masuk ke dalam air,ikan dah sambar umpan. Namun, saya lepaskan ikan itu kembali ke sungai. Kelibat udang cuma tidak lama, kebetulan air dah pasang besar, namun tidak berjaya menangkap apa-apa udang. Sungguh kecewa.

Selain itu, saya mendapat satu lagi lokasi memancing baru di Mukah, iaitu di kolam loji janakuasa arang batu. Kawasan tersebut memang luas dan sesuai untuk kaki pancing memancing ikan laut. Pemancing boleh memancing dari tepian kolam. ikan yang boleh diperolehi seperti ikan pari, gelama, ikan merah, kerapu dan sebagainya. Waktu yang sesuai memancing ialah pada waktu air mula pasang, kerana ikan-ikan dari laut akan memasuki kolam tersebut. 030620091397060620091647060620091643